Saturday, September 25, 2010

Articel Review

ICT dalam pendidikan : Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi.

1. FULL BIBLIOGRAPHIC REFERENCE
Artikel ini adalah hasil kajian Robiah Sidin dan Nor Sakinah yang bertajuk ICT dalam pendidikan : Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Artikel ini diterbitkan di Jurnal Pendidikan 32 (2007), pp. 139-152.

2.PENGENALAN
Secara umumnya artikel ini melaporkan kajian tentang kuasi eksperimen yang telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah perantis (pendekatan konstruktivisme) berbanding dengan kaedah tradisional (perdekatan tingkahlaku) . Tujuan proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan pembinaan laman web.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kaedah perantis berbanding dengan kaedah tradisional, dan juga kesan kedua keadah ke atas pencapaian pelatih. Hipotesis kajian adalah tiada perbezaan kesan kedua keadah ke atas pencapaian pelatih.
Seraca amnya artikel ini bukan sahaja sesuai dibaca oleh semua golongan khasnya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan dan juga teknologi, terutama mereka yang terlibat dalam perancangan kurikulum. Akan tetapi, pelajar juga sesuai membacanya sebagai persediaan menghadapi masa depan.

3.RINGKASAN
Kepantasan perkembangan teknologi masa kini memberi impak yang besar kepada pelbagai aspek termasuklah dalam bidang pendidikan. Menurut Lechner & Boli (2000), perkembangan terkini melihatkan teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru. Matlamat kurikulum mata pelajaran ICT di peringkat sekolah ialah membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang ICT dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik perkakasan ICT bagi menyelesaikan masalah (KPM, 2005).
Menurut Rohani (1999) dan Ab. Rahim (2000), Sekolah Bestari yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada awal tahun 1999 yang bertujuan untuk melakukan perubahan sistematik terhadap budaya sekolah dengan menggunakan teknologi sebagai alat pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran. Mohamad Sani (2002) mengatakan satu anjakan paradigma yang amat besar dalam sistem pendidikan negara adalah pelaksanaan Sekolah Bestari. Jadi, sekolah perlu membuat perancangan dan persediaan yang rapi untuk reformasi proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru ke berpusatkan pelajar.
Salah satu pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru adalah menggunakan kaedah pendekatan tingkah laku. Biasanya guru memberi syarahan dan pelajar dianggap sebagai penerima yang pasif. Manakala pendekatan konstruktivisme lebih menekan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar dan juga merupakan pendekatan yang semakin popular. (Papert 1996; Forcier 1999; Newby et al. 2000; Jonassen 2000; Moursund 2003). Dalam kaedah pembelajaran pendekatan konstruktivisme, pelajar membina pengetahuan dan kemahiran mading-masing secara aktif manakala guru hanya berperanan sebagai fasilitater. Akan tetapi, di Malaysia, guru-guru masih menggunakan pendekatan tingkah laku dengan meluas. Jadi, diharap kajian ini dapat memberi maklumat awal tentang kesan kedua keadah pengajaran.

4. KEPUTUSAN
Topik pengajaran dan pembelajaran yang dipilih ialah pembinaan laman Web dengan menggunakan Microsoft Frontpage dalam subjek literasi komputer. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di Bentong, Pahang, Seramai 24 pelajar tingkatan 2 diajar dengan kaedah tradisional( pendekatan tingkahlaku) manakala 25 pelajar diajar dengan keadah perintis (pendekatan konstruktivisme).
Hasil kajian melaporkan min hasil tugasan kumpulan kawalan adalah 2.29, manakala kumpulan rawatan pula ialah 1.80. Ini menunjukkan kumpulan rawatan mendapat pencapaian yang lebih baik. Penilaian yang diberi nilai 1 adalah dianggap terbaik bagi penilaian hasil tugasan laman web. Analisis ujian t dilakukan ke atas hasil tugasan kedua-dua kumpulan, nilai p=0.002 iaitu lebih kecil daripada 0.05. Maka keputusan perbezaan adalah signifikan, oleh itu hipotesis nul dapat ditolak. Dengan kata lain, terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian tugasan laman web antara 2 kumpulan, dan kumpulan rawatan mendapat pencapaian yang lebih baik.
Pelajar juga diuji secara bertulis tentang pengetahuan fakta, konsep dan kemahiran. Sekali lagi kumpulan kawalan mempunyai min 6.64 iaitu lebih rendah daripada kumpulan rawatan yang mempunyai min 7.63. Ujian t dijalankan keatas perbezaan kedua kumpulan juga menunjukkan nilai p=0.046 dimana nilainya masih lebih kecil dari 0.05, oleh itu keputusan adalah signifikan. Berdasarkan keputusan diatas, sama ada dari segi tugasan atau ujian bertulis, telah menunjukkan bahawa kumpulan rawatan (pendekatan konstruktivisme) adalah lebih baik dari kumpulan keawalan (pendekatan tingkahlaku)
Selain daripada pencapaian yang lebih baik menggunakan pendekatan konstruktivisme, hasi kajin juga menunjukkan pelajar lebih berdikari dan bertanggunajawab terhadap pembelajaran, bekerjasama semasa untuk menyelesaikan masalah, pemikiran yang lebih tinggi dan tidak hanya menghafal fakta-fakta sahaja. Liputan kandungan adalah lebih menyeluruh dalam kelas (Moursund, 2003). Bagi pihak guru pula, peranan lebih kepada fasilitator dan tidak hanya menyampaikan pengetahuan kepada pelajar. Manakalah kelemahan pendekatan konstruktivisme adalah faktor masa. Ia memerlukan masa yang lebih panjang untuk pelajar melakukan perbincangan dan juga menyaipkan tugasan. Maka dengan itu, dikhutairi sukatan pelajaran tidak dapat habis. Lagi satu keadaan dengan pendekatan konstruktivisme, suasana kelas akan lebih bising disebabkan perbincangan. Kalang-kala keadaan ini, akan disalah faham sebagai guru tidak dapat mengawal kelas. Begitulah antara kekuatan dan kelemahan yang perolehi daripada hasil kajian ini.

5.TINJAUNAN PENULISAN
Secara umumnya dalam mempelajari kemahiran komputer , pengajaran secara tradisional yang menggunakan pendekatan tingkah laku, pelajar akan mengikut langkah-langkah tersebut melalui tunjuk cara guru dan modul bercetak tanpa memikirkan mengapa ia perlu dilakukan. Pengetahuan disembahkan sebagai fakta, pengalaman yang lepas dianggap tidak penting, malah pelajar tidak bebas menggunakan kaedah yang berlainan untuk menyelasaikan masalah selain yang diajar oleh guru. Menurut Tanner & Tanner (1995), pelajar mempunyai kemahiran dalam komputer tetapi sebenarnya tidak faham apa dan mengapa sesuatu kemahiran perlu dilakukan.
Penialian di bilik darjah pula sering diukur melalui skor ujian pelajar yang dicapai, yang mana ujian pula lebih menekankan kepada fakta pengetahuan daripada penggunaan pemikiran pada aras tinggi. Keadaan ini telah mempengaruhi amalan guru mengajar. Rowan (1990) ada mengatakan bahawa terdapat guru yang mengubah kandungan subjek yang diajar demi untuk memenuhi keperluan peperiksaan. Terdapat juga guru yang terkejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran yang ditetapkan, maka pilihan pendekatan tingkahlaku akan digunakan kerana pendekatan ini lebih menjimat masa dan membolehkan pelajar mencapai skor yang tinggi dalam peperiksaan. (Hooper & Rieber, 1999; Papert, 2000). Keadaan ini berlaku kerana sekolah dan guru dinilai berdasarkan pencapaian skor pelajar dalam peperiksaan umum. ( Tanner & Tanner 1995). Akan tetapi, dengan pendekatan tingkahlaku, pelajar tidak berupaya memindahkan atau mengaplikasikan pengetahuan. Talbert & McLaughlin (1993) pula mengatakan di kalangan guru-guru yang menguasai ilmu pengetahuan dan pedagogi yang terhad, mereka tidak mempunyai pilihan, maka pendekatan secara tradisional (pendekatan tingkahlaku) akan digunakan.
Pendekatan konstruktivisme yang berasakan pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian dan mementingkan pemahaman merupakan salah satu inovasi dalam pengajaran hari ini. Guru sebagai pemandu atau pemudah cara dalam proses pembelajaran yang berlaku, berpusatkan pelajar dan berpegang kepada fahaman yang menganggap pelajar sebagai pelajar yang aktif. (National Association of Secondary School Principals 1996; Cohen 1988; Conley 1993; Newmann, Marks & Gamoran 1996; Sizer 1992). Pendekatan konstruktivisme ini berasakan kepada teori perantisan kognitif, konstruktivisme kognitif, konstruktivisme sosial dan teori konstruktivisme radikal. Konstruktivisme radikal ini merupakan pengajaran berasakan penyelesaian sesuatu masalah dan yang paling ekstrim. (Boyle, 1997; Maddux, Johnson & Willis, 1997).
Teori perantisan kognitif yang merupakan konstruktivisme sederhana (Boyle, 1997; Maddux, Johnson & Willis, 1997) yang digunakan dalam kajian ini. Guru memberi tunjuk ajar tentang kemahiran pada peringkat awal sesi demostrasi, tetapi tidak begitu terperinci berbanding dengan pendekatan tingkahlaku. Pelajar-pelajar digalakkan untuk mencuba kemahiran secara kumpulan di bawah tunjuk ajar guru. Bimbingan dan sokongan guru akan bermakin berkurangan sehingga pelajar berdikari untuk menyiapkan projek.
Persekitaran pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri pembelajaran aktif, aktiviti berasaskan tugasan, perantisan kognitif, pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif, aktiviti penyelesaian masalah, prestasi berasaskan kriteria dan nilai-nilai murni diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. ( Siti Fatimah et al.,2001) Reka bentuk ini telah diambil kira dalam mereka persekitaran pembelajaran kajian ini.
Pendekatan konstruktivisme tidak memberi tumpuan kepada bagaimana hendak melaksanakan sesuatu pengajaran secara teori, lantas sukar untuk dipraktis dan tidak dijalankan secara meluas oleh guru. Walaupun terdapat kajian secara eksperimen menunjukkan pendekatan konstruktivisme ini berkesan terutama apabila teknologi digunakan. Akan tetapi, kebanyakkan sekolah telah kembali mengamalkan kaedah lama yang berpusatkan guru. (Simonson & Thompson 1997). Papert (1993) mengatakan fenomena ini berlaku kerana teknologi kurang dan tidak digunakan dalam pembelajaran. Selain itu, pelajar perlu mengambil masa yang panjang sebelum mampu membina pengetahuan dalam pendekatan konstruktivisme ini. Bilangan pelajar yang ramai juga merumitkan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme ini di dalam bilik darjah.
Walaupun terdapat masalah dalam mengamalkan pendekatan konstruktivisme, tatepi ia masih dianggap sebagai alternative pedagogi yang baik untuk dipraktiskan. Jadi, semua pihak termasuk guru, pihak pentadbiran sekolah dan juga pihak Kementerian Pendidikan Malaysia patut mengambil inisiatif dan langkah untuk memperkembangkan pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan genenasi yang berfikiran kritik dan mempunyai daya saing dalam perkembangan globalisasi.

6.CONTRIBUTIONS / FOUNDATIONS
Pendekatan konstruktivisme ini berasakan kepada teori perantisan kognitif, konstruktivisme kognitif, konstruktivisme sosial dan teori konstruktivisme radikal. (Boyle, 1997; Maddux, Johnson & Willis, 1997)

7.KRITIK UMUM
Para penyelidik ada menyatakan kepentingan kajian dan tujuan kajian dengan baik dan jelas. Mereka menggunakan pendekatan konstruktivisme ini berasakan kepada teori perantisan kognitif, konstruktivisme kognitif, konstruktivisme sosial dan teori konstruktivisme radikal. . (Boyle, 1997; Maddux, Johnson & Willis, 1997) maka dengan itu boleh dikatakan para penyelidik telah menggunakan dasar kajian dengan baik.
Tinjauan penulisan tentang 2 kaedah yang hendak dikaji iaitu pendekatan konstruktivisme dan pendekatan tingkah laku telah dilakukan baik. Untuk memastikan kajian eksperimen ini adalah tepat. Para penyelidik telah mengambil kira pemboleh ubah lain yang mungkin memberi kesan kepada pencapaian adalah di kawal seperti faktor guru, persekitaran dan kendungan dipastikan sama bagi kedua-dua kumpulan kecauli kaedah pengajaran yang berbeza. Kawalan kualitatif : pengajaran bagi kedua-dua kumpulan oleh guru yang sama; kawalan kuantitatif : kedua-dua kelas mempunyai persekitaran serta tempoh pengajaran dan pembelajaran yang sama; kawalan metadologi : keadah pendekatan konstriktivisme digunakan dalam kelas rawatan manakala pendekatan tingkah laku digunakan dalam kelas kawalan; kawalan kangungan : kandungan pengajaran bagi kedua-dua kelas adalah sama. Para penyelidik juga menceritakan dengan terperinci untuk memastikan sample adalah homogenus.
Ujian bertulis dan penilaian tugasan pra juga dijalankan sebelum pengajaran di buat untuk mengetahui prestasi pelajar bagi kedua kumpulan. Hasil analisis ujian t ke atas ujian bertulis dan penilaian tugasan pra menunjukkan tiada perbezaan signifikan diantara kedua kumpulan. Dengan kata lain, prestasi kedua kumpulan adalah sama. Pada pendapat saya, para penyelidik telah mengambil langkah menjalankan ujian bertulis dan penilaian tugasan pra ini dapat menyakinkan keputusan eksperimen lebih tepat. Ini dapat membuktikan bahawa jika terdapat perbezaan yang signifikan semasa ujian pos adalah disebabkan keadan pengajaran bukan dipengaruhi oleh pengetahuan yang sedia ada memandang prestasi kedua kumpulan adalah sama semasa pra.
Guru yang mengendalikan kelas juga diberi taklimat dan latihan tentang kedua pendekatan ini. Ini dapat memperkukuhkan lagi bahawa cara yang betul telah dijalankan dalam kedua-dua pendekatan yang diuji itu. Tambahan lagi, semasa kelas berjalan, penyelidik berada dalam kelas memerhati dan merakam proses yang berlaku juga dapat mengelakkan bias daripada berlaku. Huraian terperinci untuk langkah pengajaran bagi kaedah pendekatan kontruktivisme juga diterangkan dengan jelas. Maka, dapat dikatakan bahawa hasil kajian eksperimen ini telah direka dengan teliti dan hasil kajian adalah kesahihan. Akan tetapi, penyelidik tidak menyentuh sumber soalan dalam ujian bertulis dan juga apa kriteria dalam penilaian tugasan. Ini adalah penting untuk mendapatkan kebolehpercayaan dan kesahan soalan.
Prosedur analisis juga dinyatakan dengan jelas. Analisis data dikendalikan dengan baik. Penerangan yang disertai dengan jadual dapat memberi gambaran yang jelas tentang reka bantuk dan juga dapatan hasil kajian. Akan tetapi, penyelidik tidak menyatakan salah satu objektif kajian iaitu kekuatan dan kelemahan antara kedua pendekatan tersebut. Mereka hanya menyentuh di bahagian perbincangan, itupun terhad kepada pendekatan konstruktivisme. Dicadangkan bahawa jika penyelidik dapat melakukan perbandingan antara kedua pendekatan dalam hasil kajian dengan penulisan atau dalam jadual adalah lebih baik dan jelas untuk pembaca.
Para penyelidik telah mengatakan implikasi kajian dan cadangan dengan terperinci dan diserta sokongan daripada tinjauan kajian lampau. Dimana, pada pendapat saya implikasi kajian dan cadangan tersebut amatlah berguna dan patut dipertimbangan terutama bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Para penyelidik juga mengeyorkan kajian sedemikian diteruskan. Akan tetapi, dalam penulisan kajian, mereka tidak menyatakan limitasi kajian dan juga cadangan untuk penyelidik pada masa akan datang. Hasil kajian telah mencapai sebahagian daripada objektif kajian dan soalan kajian juga terjawab,cuba hanya kekuatan dan kelemahan pendekatan tingkah laku perlu disentuh.
Hasil kajian mempunyai persamaan dengan tinjauan penulisan yang lain. Rujukan juga merupakan dari pelbagai sumber iaitu dari buku dan juga artikel yang berwasit. Seterusnya dapat dikatakan, kajian sedemikian dapat memberi panduan mengenai pengajaran dan pembelajaran pendekatan konstruktivisme.
8.KESIMPULAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme lebih susuai di gunakan semasa pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan pendekatan tingkahlaku terutama subjek yang melibatkan teknologi. Sauder et al. (2000) juga mengatakan pendekatan konstruktivisme dapat mempromosikan pembelajaran aktif disamping meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar di bidang komputer. Akan tetapi ia mempunyai kelemahan sendiri terutama dari segi faktor masa dimana cadangan mengatakan perlu waktu penjadualan waktu belajar yang tersusun dan juga yang anjal. (Moursund, 2003).
Kesimpulannya, hasil kajian ini banyak memberi maklumat yang amat berguna demi menghadapi cabaran aplikasi teknologi dalam pendidikan dan juga alternatif pedagogi pengajaran dan pembelajaran. Pada pendapat saya, untuk mencapai penggunaan pendekatan konstruktivisme yang lebih luas dalam pengajaran dan pembelajaran, guru-guru patut dibekalkan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk melaksaankan dalam bilik darjah. Masa yang paling sesuai adalah perlu diterapkan semasa dalam latihan perguruan lagi. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula perlu mengaji balik sukatan pelajaran dan juga sistem penilaian yang mengutamakan pengetahuan fakta daripada pemikiran kritik. Akhirnya, diharap lebih banyak penyelidikan sedemikian dapat dilanjutkan untuk mengukuhkan proses pendekatan konstruktivisme.

9.RUJUKAN
Ab. Rahim Selamat (2000) Kemahiran dalam Sekolah Bestari. Johor Bahru : Badan
Cemerlang Sdn. Bhd.

Boyle, T. (1997) Design for multimedia learning. London: Prentice Hall.

Cohen, D.K. (1988) Teaching practice : Plus que ca change. Dlm Contributing to
educational change : Perspectives on research and practice, P.W. Jackson (pnyt)
hlm 27-28. Berkeley, CA:McCutchan Publishing Corporation.

Conley, D.T.(1993) Road map to restructuring : Policies, practices and the emerging vision
of schooling. University of Oregon. (ERIC Document Reproduction Service number
ED409603)

Forcier, R.C. (1999) The computer as an educational tool : Productivity and problem
solving. 2nd ed. New Jersey L Merrill-Prentice Hall.

Hooper, S.H. & Rieber, L.P.(1999) Teaching, instruction and technology. Dlm
Comtemporary Issues in Currirulum, Ornstein,A.C. and Behar-Horenstein, L.S.
2nd ed. hlm 252-264. Boston:Allyn and Bacon.

Jonassen, D.H. (2000) Computers as mindtools for schools : Engaging critical
thinking. 2nd. New Jersey : Merrill-Prentice Hall.

Kementerian Pendidikan Malaysia. ICT in contact:Pusat perkembangan kurikulum.
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/ict_in_contact.htm(20 November
2005)

Lechner, F.J. & Boli, J. (2000) The Globalization reader. Oxford : Blackwell
Publisher.

Maddux, C.D., Johnson, D.L. & Willis, J.W.(1997) Educational computing: Learning
with tomorrow’s technologies. 2nd ed. Boston:Allyn and Bacon.

Mohamad Sani Hj Ibrahim(2002). Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas kerja
dibentangkan di dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke
IX di Hotel Pan Pacific, KLIA, Sepang pada 16-19 Disember 2002.

Moursund, D. (2003) Project-based learning using information trcgnology. 2nd ed.
Eugene : International Society for Technology in Education.

National Association of Secondary School Principals. (1996) Breaking ranks: Changing
an American institution. Reston, VA:NASSP.

Newby, T.J., Stepich,D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D.(2000) Instructional
technology for teaching and learning :Designing instruction, integrating
computers and using media. 2nd ed. New Jersey : Merrill-Prentice Hall.

Newmann, F.M., Marks,H.M. & Gamoran, A.(1996) Authentic pedagogy and student
performance. American Journal of Education. 104(4):280-312.

Papert, S. (1993) The children’s machine : Rethingking school in the age of the
computer. New York: Basic Book.

Rohani Abdul Hamid.(1999) Factors to consider by tertiary level teacher and trainees
in translating the aims and philosophy of smart schools to achieve smart
learning among student. Kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Pembestarian
Pendidikan, Fakulti Pengajaran Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, 5-6
April.

Rowan, B. (1990) Commitment and control : Alternative strategies for the
organizational design of school. Dlm Review of Research in Education, C.B.
Cazden (pnyt.) hlm 353-389. Washington, D.C. :AERA.

Sauder, D., Towns, M., Derrick, B., Grushow,A.,Kahlow,M.,Long,G., Miles,D.,
Shalhoub,G., Stout,R., Vaksman, M., Pfeiffer, W.F., Gabriela Weaver,G., &
Zielinski, T.J.(2000)Physical chemistry online : Maximizing your potential.
Chemical Educator. 5:77-82.

Simonson, M.R. and Thompson, A. (1997) Educational computing foundations. New Jersey
: Merrill-Prentice Hall.

Siti Fatimah Mohd Yassin, Nor Sakinah Mohamad, Aidah Abdul Karim & Rosseni Din.
(2001) Enhancing student learning in computer education : from the perspective
of the Faculty of Education. Proceedings of Technology And Vocational Technical
Education : Globalisation and Future Trends, Falkuti Pendidikan, UKM.

Sizer, T.R.(1992) Horace’s compromise: The diliemma of the American high school.
Boston : Houghton Mifflin.

Talbert, J.E. & McLaughlin, M.W.(1993) Understanding teaching in context. Dlm.
Teaching for understanding : Challenges for policy and practice, D.K. Cohen,
M.W.McLaughlin & J.E. Talbert (pnyt). San Francisco : Jossey-Base Publishers.

Tanner, D. & Tanner, L.(1995) Curriculum development : Theory into practice. 3th ed.
New Jersey : Merrill-Prentice Hall.

Sunday, September 19, 2010

Articel Review

ICT dalam pendidikan : Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi.
http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/articles%20for%20vol%2032%202007.html